Monday, August 13, 2007

Wujudkan Undang-undang kawal bank Sel Stem


Wujudkan undang-undang kawal bank sel stem
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan HANIZA HASSAN

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Seorang doktor pakar hari ini meminta kerajaan mewujudkan satu akta baru untuk mengawal aktiviti berkaitan pengumpulan sel stem manusia bagi mengelakkan berlaku eksploitasi ke atas bayi-bayi yang baru lahir di negara ini.

Dengan berkembangnya bisnes insurans biologi di negara ini dalam bentuk penubuhan bank-bank sel stem yang kini didapati tumbuh secara mendadak, Dr. Musa Mohd. Nordin berkata, gejala itu menjadi tidak terkawal kerana ketiadaan peruntukan undang-undang seumpama itu di Malaysia.

Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatal, Hospital Pakar Damansara itu berkata, bisnes mengumpulkan sel stem daripada tali pusat bayi di negara ini sekarang semakin berkembang tanpa sebarang pemantauan.

Beliau mendedahkan, terdapat pihak tertentu termasuk sekumpulan doktor yang sengaja membuat kenyataan bahawa sel stem daripada darah tali pusat boleh mengubati penyakit berkaitan otak kanak-kanak seperti palsi serebral dan sindrom down.

Beliau percaya dakwaan tersebut dibuat untuk menarik lebih ramai ibu bapa menyimpan sel stem darah tali pusat dalam bank khas yang disediakan oleh pihak swasta.

“Senario itu adalah sesuatu yang amat malang kerana tiada bukti dari segi perubatan bahawa sel stem boleh mengubati penyakit palsi serebral dan sindrom down,” kata Musa dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia di sini.

Beliau bimbang akan berlaku eksploitasi dari segi perniagaan mengenai manfaat sel stem.

‘‘Bisnes mengumpulkan sel stem di negara ini harus dikawal menerusi undang-undang. Ia bertujuan mengelakkan perbuatan tidak beretika sekali gus memelihara hak orang awam.

“Di samping itu, undang-undang baru itu juga perlu untuk memastikan pengurusan aktiviti tabung sel stem pihak swasta dibuat secara sah dari segi teknik pengumpulan dan saringan penyakit berjangkit selain ia mencapai piawaian dari aspek kesihatan,’’ katanya.

Sel stem daripada tali pusat bayi memiliki keupayaan untuk menghasilkan lebih banyak

sel dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu dan sifatnya yang boleh disimpan menjadikan sel stem sangat istimewa.

Menurut Musa, perkembangan bisnes bank sel stem darah tali pusat di negara ini menyaksikan semakin banyak syarikat menawarkan perkhidmatan menyimpan sel stem itu dengan mendakwa sel stem bayi jika disimpan dapat menjadi terapi kepada lebih 70 penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan darah.

Setakat ini terdapat tiga buah syarikat dikesan mengendalikan perniagaan itu di Malaysia dengan mengenakan caj permulaan antara RM1,500 hingga RM3,000.

Di bawah program itu, syarikat-syarikat tersebut akan menyimpan sel daripada tali pusat bayi-bayi yang baru lahir untuk digunakan pada masa depan sekiranya bayi-bayi itu menghidap penyakit tertentu apabila dewasa.

Musa yang merupakan ahli Jawatankuasa Pengklonan Manusia dan Penyelidikan Sel Stem Kebangsaan berkata, undang-undang untuk mengawal bisnes itu, jika diwujudkan, akan berperanan sebagai sumber rujukan kepada masyarakat.

Katanya, undang-undang itu juga perlu mempunyai peruntukan mengawal kegiatan pemasaran oleh syarikat-syarikat yang menjalankan bisnes tabung darah tali pusat.

Menurutnya, ada sesetengah syarikat menggunakan strategi pemasaran menggunakan kaedah emosi, satu cara yang kurang beretika dan harus dipantau oleh kerajaan.

‘‘Mereka memberi tekanan yang kuat kepada ibu bapa sewaktu menunggu kelahiran cahaya mata. Lebih teruk lagi mereka sengaja meletakkan rasa bersalah jika ibu bapa tidak mahu menyertai bank sel stem,’’ kata Musa.

Sementara itu, pakar undang-undang dari Universiti Malaya (UM), Prof. Abu Bakar Munir berkata, undang-undang untuk mengawal aktiviti pemasaran sel stem perlu diwujudkan bagi melindungi data penyimpan dan pemberi sel stem.

(sumber : berita harian on-line)

Monday, August 6, 2007

Semua anak kita



mungkin berkenaan anak tiri... huhu terharunya
ada masa nanti saya akan update rencana tentang anak tiri dan keperluan mereka..



Usah berpaling pada wajah tak berdosa
Meminta belaian belas kasihan
Pengganti suratan takdir Yang Esa
Hanyalah dikau yang didambakan

Hangatnya belaian beriringan pedoman
Bagai kekuatan saat kau ku perlukan
Ulit nuraninya dengan kemesraan
Agar percaya pada ketentuan-Nya

Andainya kau mengerti perasaan mereka
Yang serba kekurangan hilang belum berganti
Hulurkanlah bantuan bukan hanya simpati
Biar sekelumit dengan niat suci

Setiap jiwa itu punya mimpi sendiri
Memiliki segala persis insan biasa
Hapus semua duka belai jiwa mereka
Kerana mereka jua anak kita

Setiap saat kau mengertilah
Kasih sayang kita kepada mereka
Umpama sayap buat mereka
Terbang tinggi dengan megahnya

Wahai anak-anak syukur seadanya
Kurang sedikit bukan punah segalanya
Selagi percaya kau kepada-Nya
Kau pasti berjaya buat selamanya

Senilagu: Suhaimi Hamzah/Nordin HJ Jaafar
Senukata: Towil/ Hasliana Hasan
Vokal: Deen/ K/ Axis