Di sini tempat saya kumpulkan maklumat menarik tentang kanak-kanak. Kebanyakkan bukan karya saya, ia sekadar satu perkongsian. -az-zirah-
Wednesday, May 30, 2007
Sajak : Ayah Ibu
ayah ibu
kami anak-anak mu
amanah dari pencipta
ayah ibu
didiklah kami dengan kasih sayangmu
moga membesar kami dengan kebahagiaan
ayah ibu
kami ibarat kain putih
contenglah dan coretlah
kerana akhlak kami
terbentuk dari tangan kalian
ayah ibu
asuhlah kami mengenal Allah
asuhlah kami muliakan agama
asuhlah kami dengan al-Quran dan sunnah
asuhlah kami menjadi anak yang solleh
ayah ibu
ampunilah dosa kami
doakan kami dunia akhirat
semoga kami menjadi anak yang solleh dan solehah
Nukilan,
az-zirah
30 May 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment