Wednesday, December 19, 2007

Menerokai alam sekitar bersama si manja

Keindahan alam terbentang luas di mana jua, baik di halaman belakang rumah atau di pinggir jalan, mahupun di hutan simpan. Bagi si manja, seawal kelahirannya, mereka belajar melalui pengalaman, kesedaran dan kebiasaan diri.

Melalui penglihatan, minda mereka mula membaca, mengenal dan memahami persekitaran. Menurut kajian, 80 peratus daripada pengetahuan si kecil dicapai melalui penglihatan.

Oleh itu, amat penting pemakanan yang baik diperkenalkan dari awal lagi untuk memastikan penglihatan serta koordinasi mata ke otak berkembang secara normal. Pemakanan si manja perlu diperkaya dengan asid lemak seperti DHA, sejenis asid lemak yang banyak didapati di otak dan mata. Nutrien seperti asid dokosaheksanoik (DHA), asid arakidonik (AA), kolina yang digabung dan diperkuat dengan taurina, penting sebagai penggalak tumbesaran optimum kebolehan kognitif, visual dan psikomotor kanak-kanak.

Kajian-kajian membuktikan bahawa alam sekitar mempunyai kesan berpanjangan terhadap kesejahteraan si kecil, termasuk kesejahteraan psikologi dan perkembangan fungsi kognitif/permikiran yang lebih baik.

Antaranya:

* Persekitaran luar penting untuk perkembangan jati diri dan autonomi kanak-kanak. (Bartlett 1996).

* Kanak-kanak yang mempunyai pemandangan dan pengalaman alam semula jadi lebih tinggi mempunyai tahap ketekunan dan disiplin diri. Lebih pemandangan, lebih tinggi kebolehan mereka. (Wells 2000, Taylor 2002)

* Kanak-kanak yang bermain dengan kerap di persekitaran semula jadi menunjukkan lebih kemahiran motor fizikal, termasuk koordinasi, keseimbangan dan kelincahan dan mereka tidak kerap sakit (Grahn, et al. 1997, Fjortoft 2001).

* Apabila kanak-kanak bermain di persekitaran semula jadi, permainan mereka lebih beraneka bentuk, memaparkan lebih imaginasi dan kreativiti yang menggalakkan kebolehan bahasa serta bekerjasama (Moore & Wong 1997, Taylor, et all 1998; Fjortoft 2000).

* Pendedahan kepada persekitaran semulajadi menjadikan perkembangan kognitif/pemikiran kanak-kanak lebih baik dengan menggalakkan kemahiran mengolah, kesedaran dan pemerhatian mereka (Pyle 2002).

Ketua Jabatan Pendidikan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), I.S. Shanmugaraj berkata: “Permainan di kawasan persekitaran luar merangsang secara keseluruhan perkembangan kanak-kanak lebih daripada persekitaran dalam.

“Anak-anak yang kehilangan ‘sentuhan’ alam semula jadi akan menjadi generasi biophobik (takut pada alam sekitar) yang tidak menghargai rahmat alam dan kepelbagaiannya.”

Cara termudah mengenal alam semula jadi ialah dengan berjalan-jalan sekeluarga bersama si manja yang sudah mula bertatih. Berikan peluang menyentuh dan memegang.

Di halaman rumah

Penerokaan bersama boleh bermula di halaman rumah sendiri. Bila membawa si manja dalam kereta sorongnya, anda boleh tentukan jangka penerokaannya. Jangan terlalu lama atau jauh kerana belum tentu si kecil mahu menurut pelan pilihan anda dan dia ingin kerap berhenti untuk meneliti apa yang menarik perhatiannya.

Setiap helai daun, patahan ranting dan kumbang yang berlalu bakal menjadi kajian si kecil. Segala-galanya masih baru pada si kecil dan memerlukan kajian teliti.

Bawalah sedikit bekalan ringkas semasa penerokaan anda seperti: gayung kecil untuk batu-batu kecil atau jumpaan lain, kanta pembesar untuk meneliti tanah dan segala yang melata di atasnya, botol bertudung untuk cacing dan kumbang, mungkin juga sepasang gunting kebun untuk memetik bunga atau ranting, jika dibolehkan.

‘Khazanah’ kutipan penerokaan bersama anda ini penting kepada si kecil kerana ia memupuk minat yang bakal diterap seumur hayat.

“Tanpa pengalaman berterusan, sukar bagi kanak-kanak mengenal secara dalam persekitaran semula jadi yang menjadi asas perkembangan berterusan koordinasi mata-ke-otak mereka.”

Jika anda kurang yakin dengan kebolehan membimbing anak mengenal sekitaran, mulakan dengan menyertai aktiviti MNS.

MNS dengan kerjasama Gain Eye-Q Learning Through Discovery Campaign bakal mengadakan bengkel alam semula jadi iaitu Siar-siar Semulajadi Hari Ahad di Rimba Ilmu, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Tandakan tarikh berikut sebagai langkah pertama penerokaan alam bersama keluarga iaitu 26 Ogos, 2 September, 28 Oktober dan 18 November 2007.

Persiaran semula jadi bermula pada waktu pagi dan tidak terlalu mencabar perjalanannya bagi membolehkan anda membawa bersama si manja dengan kereta sorong.

Kemahiran memerhati, menyaring maklumat dan berkomunikasi yang dihidupkan melalui kajian alam semulajadi adalah asas kejayaan si kecil di alam persekolahan dan seterusnya.

Maka ajaklah si manja mengenal keanekaan kumbang malah mengkaji lecak selepas hujan. Alam sekitar bakal teman karibnya!

* Rencana sumbangan Abbott Nutrition Malaysia, melalui kempen Gain Eye-Q Learning Through Discovery.

No comments: